
Bermula sebagai sebuah bengkel kecil di Kampung Selamat pada tahun 90-an, Zi Yang Motor kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat dengan beberapa cawangan di seluruh kawasan Tasek Gelugor. Kami terus memperluas rangkaian pengedaran kami dengan pelbagai jenama seperti Honda, SYM dan banyak lagi bagi memenuhi keperluan pelanggan. Kami berusaha untuk memberikan anda perkhidmatan dan tawaran terbaik agar anda mendapat pengalaman membeli-belah dan servis yang tidak dapat dilupakan bersama kami.